Platform Perdagangan dan Pelaburan Yang Terkemuka di Dunia

Khidmat Pelanggan ➜ Kenalan


☑ Pasaran Perdagangan di eToro

⇒ Trading Spotify

Melabur dalam Spotify: Apa yang perlu dipertimbangkan

Salah satu aplikasi penstriman muzik yang pertama dan paling popular, Spotify telah meletakkan dirinya sebagai salah satu syarikat teknologi paling hangat di Eropah. Ditubuhkan pada tahun 2006 dan menghasilkan aplikasi pertamanya pada tahun 2008, Spotify kini mempunyai puluhan juta pelanggan di seluruh dunia, bersaing dengan gergasi teknologi yang terkemuka seperti Apple, Alphabet (Google) dan Amazon. Syarikat gergasi Sweden ini telah disenarai awam pada tahun 2018 di bawah simbol ticker SPOT, dalam proses yang dikenali sebagai penyenaraian langsung, yang berbeza daripada Tawaran Awam Permulaan (IPO) tradisional. Selain mendapatkan dana daripada aktiviti penyenaraian awam, dengan mengeluarkan saham-saham baharu dan membolehkan para pelabur awal membelinya sebelum saham-saham tersebut tersenarai di pasaran saham, Spotify menjadikan saham-saham pelabur yang sedia ada boleh didagangkan sejak dari awal lagi, tidak mengeluarkan saham-saham baharu dan tidak menambahkan modal tambahan. Syarikat tersebut dinilaikan kira-kira $23 bilion apabila ia disenarai awamkan.

Siapa yang harus memasukkan SPOT dalam portfolio mereka?

  1. Pelabur Teknologi: Menjulang namanya sebagai salah satu syarikat teknologi terkemuka di Eropah, mereka yang mendasarkan beberapa portfolio mereka di segmen pasaran ini digalakkan untuk membeli saham SPOT.
  2. Peminat penstriman muzik: Spotify adalah perintis terhadap penstriman muzik dan sentiasa peka dengan pertumbuhan permintaan serta perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat pesaing. Pelabur yang yakin bahawa industri ini masih mempunyai ruang untuk berkembang harus mempertimbangkan untuk melabur dalam SPOT kerana ia adalah peneraju dalam industri.
  3. Pelabur jangka panjang: Penyenaraian awam yang lebih awal berbanding syarikat-syarikat teknologi bernilai yang sama di pasaran, carta Spotify berkemungkinan besar bakal menunjukkan sedikit ketidaktentuan dari masa ke masa. Oleh itu, mereka yang yakin terhadap kejayaan masa depan syarikat boleh melabur dalam Spotify sebagai sebahagian daripada strategi jangka panjang mereka.
  4. Pedagang harian: Sepertimana kebanyakan syarikat teknologi, Spotify juga terdedah kepada faktor-faktor pasaran yang boleh menimbulkan ketidaktentuan jangka pendek. Pedagang harian boleh cuba memanfaatkan pergerakan dalam harga SPOT, dalam usaha untuk mendapatkan keuntungan dalam masa satu hari.

Apakah yang memacu harga Spotify?

Penyenaraian Spotify di NYSE merupakan satu peristiwa pasaran yang penting pada tahun 2018, yang menimbulkan banyak minat dalam bidang kewangan dan teknologi. Seperti semua syarikat lain yang didagangkan secara umum, carta SPOT boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor, yang berkaitan dengan pasaran langsung mereka serta faktor-faktor ekonomi yang lebih luas. Beroperasi dari Eropah, harga Spotify kadang-kadang boleh bergerak dalam arah yang berbeza berbanding syarikat Spotify yang berpangkalan di AS. Berikut adalah beberapa faktor yang boleh mempengaruhinya:

  1. Perkhidmatan penstriman muzik Spotify berada dalam persaingan secara langsung dengan beberapa nama terbesar dalam teknologi, seperti Apple (Apple Music), Google (Music Google Play) dan Amazon (Amazon Prime Music). Oleh itu, harganya boleh terpengaruh apabila pesaingnya semakin meningkat disebabkan oleh trend positif umum dalam industri penstriman muzik, atau ketika mereka berada dalam penurunan dan Spotify dianggap alternatif yang menguntungkan oleh pengguna di seluruh dunia.
  2. Momentum pasaran umum: Walaupun sebagai sebuah syarikat Sweden, Spotify didagangkan di Bursa Saham New York. Oleh itu, peristiwa seperti perubahan dalam dasar kerajaan AS atau keputusan kadar oleh Fed, yang memberi kesan kepada pasaran Amerika, juga boleh mempengaruhi harganya. Dari sudut lain ia juga boleh dipengaruhi oleh faktor-faktor yang berkaitan dengan pasaran Eropah/Sweden, yang tidak mempengaruhi pesaingnya di Amerika.
  3. Perjanjian pelesenan muzik: Sebahagian besar perniagaan Spotify ada hubungannya dengan mendapatkan lesen untuk memainkan muzik artis dan membayar mereka royalti. Apabila syarikat tersebut memfailkan dengan SEC untuk penyenaraian awam, ia menunjukkan betapa rumitnya proses ini. Oleh itu, laporan dalam media mengenai hak penggunaan dan perjanjian dengan pemuzik boleh memberi kesan terhadap saham SPOT.

Spotify: Tidak melaksanakan IPO

Tidak seperti kebanyakan rakannya dalam ruang teknologi, Spotify memutuskan untuk tidak melaksanakan IPO ketika melakukan penyenaraian awam. Sebaliknya, pihak syarikat memilih kaedah penyenaraian awam secara langsung, yang mencairkan saham sedia ada di pasaran, bukannya menerbitkan saham-saham baharu. Penyenaraian awam adalah kurang dilakukan berbanding IPO disebabkan syarikat yang disenarai awam tidak boleh mendapatkan modal melalui proses ini. Walau bagaimanapun, ia mengurangkan banyak 'halangan' yang terlibat dengan IPO serta mengurangkan kos, seperti membayar penaja jamin (institusi kewangan utama yang menguruskan proses) atau yuran-yuran lain. Apabila ia disenarai awamkan, ramai penganalisis mengatakan bahawa penyenaraian secara langsung boleh menjadi kaedah pilihan bagi syarikat-syarikat seperti Spotify, yang telah mengekalkan aliran keuntungan yang mantap sebelum disenarai awamkan.

Sejarah Spotify

Spotify telah ditubuhkan pada tahun 2006 di Sweden. Syarikat membekalkan penstriman muzik, podcast dan video, ke kedua-dua peranti mudah alih dan komputer. Pangkalan pengguna Spotify sentiasa berkembang, kerana ia menawarkan pilihan muzik yang semakin banyak, dengan menggunakan model perniagaan 'freemium'. Ini bermakna walaupun menggunakan ciri-ciri asas aplikasinya adalah percuma, ciri-ciri canggih, seperti mendengar bebas komersial dan audio berkualiti tinggi adalah dikhaskan untuk pengguna berbayar. Selama bertahun-tahun, syarikat tersebut telah berjaya mencapai puluhan juta pengguna di seluruh dunia, mendorong syarikat-syarikat seperti Apple, Google dan Amazon untuk menawarkan perkhidmatan yang serupa.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian pelesenan, syarikat itu membayar sejumlah $5 bilion royalti dalam tempoh 10 tahun pertama operasi, dan sekurang-kurangnya $1 bilion setiap tahun sejak dari itu. Apabila syarikat tersebut disenarai awam, pemfailannya mendedahkan bahawa ia telah mengalami kerugian selama 12 tahun pertama operasi. Pada tahun 2017, IPO terbesar dalam industri teknologi ialah Snap Inc., pembuat Snapchat, yang secara terbuka mengisytiharkan bahawa ia akan sentiasa mengalami kerugian. Walau bagaimanapun, sehingga tahun 2018, Spotify tidak membuat kenyataan yang sama, bermakna ia berkemungkinan besar untuk meningkatkan model perniagaannya.

Kesimpulan: Spotify boleh mencapai kejayaan

Sebagai sebuah syarikat bernilai multi-bilion yang mempunyai rekod selama 12 tahun apabila disenarai awam, Spotify mempunyai banyak kelebihan berbanding syarikat-syarikat teknologi lain yang melalui proses yang sama. Tambahan pula, pilihan penyenaraian awam secara langsung, bukan melalui proses IPO, bermakna harga saham SPOT mungkin mencerminkan penilaian sebenar dan tidak didorong oleh spekulasi atau pemula awal yang ingin memacu harga. Walau bagaimanapun, sebagai perintis dalam penstriman muzik, yang mempunyai berpuluh-puluh juta pengguna dan menjana aliran pendapatan yang konsisten, bermakna bahawa pilihan perniagaan yang betul boleh membuat ia sebuah syarikat yang menguntungkan, bersaing dengan syarikat gergasi lain di dunia teknologi.

Analisis Teknikal untuk Spotify