Platform Perdagangan dan Pelaburan Yang Terkemuka di Dunia

Khidmat Pelanggan ➜ Kenalan


☑ Pasaran Perdagangan di eToro

⇒ Trading Alibaba

Melabur dalam Alibaba: Apa yang perlu Dipertimbangkan

Alibaba, berdagang di Bursa Saham New York sebagai BABA, merupakan syarikat peruncitan dalam talian terbesar di dunia, dengan jualan lebih tinggi berbanding syarikat-syarikat seperti Walmart dan Amazon. Pihak syarikat sentiasa mempelbagaikan penawaran produk mereka, berjaya berkembang ke pasaran lain seperti modal teroka dan perkhidmatan IT. Alibaba telah disenarai awam pada 19 September 2014, dibuka pada harga $92.70 sesaham.

Walaupun sebagai sebuah syarikat gergasi runcit, Alibaba menawarkan pelbagai perkhidmatan yang terus berkembang sebagai syarikat yang matang. Antara perkhidmatan yang ditawarkan termasuk pengkomputeran awan, AI, navigasi, pelancongan, modal teroka, media dan banyak lagi.

Siapa yang harus memasukkan Alibaba dalam portfolio mereka?

  1. Pelabur teknologi: Sesiapa yang berminat dalam saham teknologi harus mempertimbangkan Alibaba sebagai satu pilihan yang berdaya maju. Alibaba mempunyai rekod prestasi yang positif, mantap dalam industrinya.
  1. Pedagang yang berminat dalam pasaran China: Alibaba adalah cara yang baik untuk memulakan perdagangan ke pasaran China. Syarikat tersebut amat telus dan mendapat liputan meluas oleh pihak media. Pedagang boleh berasa yakin bahawa mereka tidak akan mengalami kekurangan maklumat.
  1. Mereka yang berminat dalam perdagangan yang stabil: Syarikat dianggap oleh ramai penganalisis sebagai satu pelaburan yang baik. Ini disebabkan terutamanya oleh pertumbuhan syarikat yang melebihi jangkaan, statusnya legenda pemimpinnya Jack Ma dan budaya korporat yang dilihat sebagai memiliki pemikiran yang progresif dan maju ke hadapan.
  1. Pedagang harian: Walaupun mungkin tidak menyediakan potensi peluang daripada ketidaktentuan kebanyakan syarikat teknologi yang lebih muda, Alibaba masih boleh dianggap sebagai aset bernilai untuk perdagangan harian jangka pendek.

Apa yang memacu harga saham Baba?

  1. Keuntungan: Seperti kebanyakan syarikat, jumlah pendapatan dan keuntungan boleh memberi kesan langsung kepada nilai saham BABA. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Alibaba telah memperoleh sejumlah besar nilai, menjadikan pengasas dan rakan-rakan utamanya sangat kaya.
  1. Hubungan perdagangan AS dan China: Hubungan perdagangan antara China dan Amerika Syarikat selalunya secara langsung mempengaruhi nilai saham syarikat-syarikat China yang lebih besar. Walaupun saiznya yang begitu besar, Alibaba tidak terkecuali daripada hubungan China-Amerika Syarikat.
  1. Jack Ma: Alibaba dikawal oleh hanya satu orang dalam pelbagai cara. Jack Ma yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif ialah hati dan jiwa syarikat. Persona beliau yang bersih dan profesional dianggap positif bagi kebanyakan pelabur. Tetapi jika berlaku perubahan pada masa akan datang, ia bakal mempunyai kesan buruk terhadap sentimen pelabur.

Saham Alibaba: inovasi dan persaingan

Alibaba diramalkan akan meneruskan penguasaannya ke dalam banyak industri, sambil ia meluaskan jangkauan globalnya. Walau bagaimanapun, ramai menjangkakan industri runcit untuk terus menerajui operasi syarikat untuk beberapa tahun akan datang. Walaupun Alibaba menikmati kejayaan yang di luar jangkaan dalam e-dagang dan runcit dalam talian, ia hendaklah terus melakukan inovasi dalam penawaran produknya bagi mengelakkan persaingan daripada syarikat-syarikat seperti Amazon dan Apple. Sesungguhnya kebangkitan semula Amazon yang menakjubkan telah menyebabkan spekulasi mengenai bagaimana Alibaba dapat menghadapi salah satu pesaingnya yang terbesar.

Walaupun terdapat persaingan pasaran yang sengit, majoriti pakar pelaburan sering tertarik pada Alibaba, yang mereka anggap sebagai pemain industri utama. Dan siapa boleh mempertikaikannya? Dengan strategi yang mantap, ideologi korporat yang mengagumkan serta rizab tunai yang begitu besar, adalah selamat untuk menganggap bahawa Alibaba akan menjadi satu kuasa utama pada masa hadapan.

Sejarah Alibaba

Telah ditubuhkan pada 4 April 1999, oleh Jack Ma dan Peng Lei, Alibaba telah menjadi salah satu penyedia e-dagang terbesar di dunia. Modal permulaan yang dikumpulkan untuk memulakan syarikat adalah hanya $20,000. Asal-usul nama ini adalah mudah dan sangat praktikal. Ma telah mencari nama global yang mudah dikenali dan boleh mengatasi pelbagai budaya.

Sebagai tambahan kepada penawaran dalam talian secara besar-besaran, Alibaba telah banyak melakukan kepelbagaian sepanjang sejarahnya, memasuki industri seperti kedai-kedai tradisional, pengkomputeran awan dan juga pembangunan AI. Kepelbagaian ini dianggap salah satu tonggak utama yang menyumbang kepada kejayaan syarikat.

Kesimpulan: masa depan adalah cerah untuk Alibaba

Saham teknologi sering disalah anggap sebagai ganjaran tinggi berisiko tinggi, sangat tidak menentu pada masa-masa tertentu dan tidak dapat difahami oleh sesiapa tanpa memiliki latar belakang IT. Alibaba menidakkan semua mitos tersebut. Dianggap oleh beberapa pihak seperti syarikat General Electric era moden, ia adalah sebuah syarikat yang mempunyai asas kukuh, perkhidmatan yang hebat dan rekod prestasi terbukti bagi sebuah perniagaan yang berjaya. Google, Apple dan Amazon berada di bahagian atas. Tetapi Alibaba berada dalam liga yang sama dan tidak boleh dilupakan. Mereka yang berbuat demikian, melakukannya dengan risiko terhadap diri mereka sendiri.

Analisis Teknikal untuk Alibaba